" Sayang, buat lah solat istikharah... " kata-kata kawan baik
Aku tak ingat bila kali terakhir aku menunaikan solat sunat dua rakaat ni. Rasanya dah lama sangat. Sebab apa ya? Aku sombong sangat tak nak minta petunjuk dari Allah untuk membuat pilihan? atau aku rasa yakin dengan pilihan yang aku buat. Ya, lelaki itu selalu meyakinkan aku untuk menunggu dia. Hanya dia. Di samping itu aku tidak pernah lupa untuk berdoa. Bukan sahaja menunggu. Aku berdoa.
Dia selalu takut aku akan lari dan tinggalkan dia. Berhenti menunggu dia. Apa sebab aku nak tinggalkan dia bila aku yakin yang dia ikhlas untuk memeluk Islam dan berniat untuk kahwin dengan aku. Terus terang aku cakap, dia berjaya meyakinkan aku. Dia nasihat aku untuk menutup aurat dengan sempurna. Tapi aku belum sempurna lagi dari segi pemakaian kerana aku tak nak buat sebab seorang lelaki. Dia selalu kata yang dia mahu aku jadi bidadari dia di syurga nanti.
Dia penipu. Dah dua kali dia tinggalkan aku. Astagfirullah. Sabar lah wahai hati. Astagfirullah...
Aku mula menunaikan solat istikharah selepas peristiwa tu. Dan aku menangis. Tak pernah aku menangis macam tu sekali selepas solat istikharah. Aku berdoa,
Ya Allah ! Aku pohon pilihan (minta petunjuk) daripada Engkau dengan pengetahuan Engkau dan aku pohon ketentuan Engkau dengan kekuasaan Engkau dan aku pohon akan Dikau dari limpah kurniaan Engkau yang besar, maka sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui segala perkara ghaib.
Air mata mula membasahi pipi.
Ya Allah! Seandainya Engkau mengetahui tentang urusan jodohku, jodoh yang terbaik untuk aku. Takdirlah akan dia yang baik dan permudahkannya bagiku, sama ada cepat atau lambat.
Jika yang aku tunggu ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku, maka palinglah akan dia daripadaku dan palinglah seberapa boleh, kemudian redhalah akan daku dengannya.
Yumi