Merdunya bacaan Al-fatihah. Gembiranya hati aku saat aku yakin dia lah yang bakal menjadi imam setiap solat ku. Dia lah yang bakal memimpin aku walaupun dia masih baru dalam mengenal Islam.
Bahagianya hati aku saat dia membacakan bacaan-bacaan dalam solat. Dia berusaha untuk belajar, untuk membuktikan yang dia mampu memimpin aku.
Ya Allah, Kau telah menetapkan jodoh untuk aku dan dia. Kalau bukan dia yang tertulis untuk aku, aku redha. Namun aku akan berusaha dan terus berdoa agar dialah jodohku. Kau ikhlas kan lah hati dia untuk mengenal Islam, bukan kerana aku semata-mata. Buka kan lah pintu hati dia, berikanlah hidayah dan kuatkan lah jodoh kami.
Amin...
Luahan hati Yumi
Published with Blogger-droid v2.0.4