Thursday, February 16, 2012

untold #4

Aku tak sangka berita gembira yang aku terima baru-baru ni akan menjadi yang terakhir untuk aku. Buat sementara waktu ni.


Penantian kali ni akan berhenti setelah aku terima sms darinya petang tadi. Aku memegang hp dengan tangan yg berubah menjadi sejuk. Membaca setiap baris ayat. Bukan sejuk kerana penghawa dingin. Aku menggigil.


Pipi aku basah. Ya, air mata aku mengalir laju. Aku dengar bunyi azan asar dan aku masih duduk bersila atas katil sambil membaca perkataan demi perkataan.


Aku tersedu. Aku terus masuk ke bilik air, takut kakakku akan dengar. Aku membasuh muka. Ya Allah, merahnya mata aku.


Apa aku nak jawab kalau kakak aku tanya?


" saya tak akan masuk islam selagi mak saya tak restu. Kalau ada jodoh, kita akan kahwin. Kalau tak ada, saya redha. "


Berhenti menangis sayang. Aku berkata dalam hati. Aku mengambil wuduk. Solat dan berdoa. Berbeza doa aku kali ni.


".... Dan kalau bukan dia jodoh untuk aku, kau hilangkan lah rasa sayang aku pada dia.... "



Luahan hati Yumi


Published with Blogger-droid v2.0.4