Dah lama ada lesen kereta tapi tak pernah bawa kereta lepas dah dapat lesen. TAK PERNAH. Sebab saya sangat takut. Ya, pengecut. Bercadang nak pergi stadium Melawati tapi lupa ada pasar pagi. Ramai sangat orang.Tempat tu sesuai nak blaja kereta sebab ruang besar. Muka sangat sedih. :(
"Anip, boleh tak chutti terus bawa kereta dari sini (stadium) sampai ke rumah?"
Dia sangat terkejut n mula-mula tak bagi sebab tak percaya saya boleh bawa.Tunjuk muka kesian, n akhirnya bagi. Dengan gembira, nasihatkan kedua-dua adik untuk memakai seat belt. Here we go! Dengan sangat takut, saya membawa sangat cermat n fokus. Menggenggam stereng kereta dengan sangat kuat. haha. ^^
Saya memandu cuma 40 sahaja. Pemandu berhemah kan? ^^ Kesian adik-adik, sangat takut bila saya bawa kereta. Rasa tak selamat kot. Heheh. Minta maaf yer sebab tadi break mengejut.
Esok anip cakap nak gi stadium, belajar kereta lagi. ^^ Doakan keselamatan.