First of all, I should say it's a stupid entry due to regretting something like this..
Kenapa tiba-tiba ada perasaan macam ni? Dah lama tak pikir benda ni.
Okay, tak tau lah kenapa tiba-tiba terpikir lagi benda ni. Soalan macam ni dah selalu hinggap kat otak sejak kebelakangan ni. ( apa BM macam ni. ) Bila sorang2 kat bilik, asyik terpikir jer. Lagi-lagi dalam bilik air. Kenapa dalam bilik air lagi teringat benda2 emo macam ni? Sebab toilet kat kolej sunyi? Sebab sejuk? Perasaan akan menjadi lebih emo? Mungkin.
Okay, sekarang dah ada kat Kelantan. Sem kali ni macam tak ada semangat. Serius. Saya tak ada semangat. Rasa macam tak nak belajar. Macam tak suka. Jadi tension. Sebab kat Kelantan? Sorry. Mungkin jauh sangat dari rumah. Jeles tengok abang n kakak dapat balik rumah selalu. Ahh gedik. Orang lain belajar lagi jauh. Bukan tu jer. Mungkin saya dah mula FED UP dengan orang tertentu.
Tiba-tiba ada perasaan menyesal.
Kenapa saya teruskan belajar kat Kelantan. Kenapa tak setuju dengan Nyak dulu, masuk jer universiti swasta.
*sigh*
Tak boleh macam ni kan? Tak boleh rasa menyesal macam ni kan. Patut saya kena bersyukur, diberi kejayaan kat sini. Alhamdulillah.
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Saya kena lebih positif kan... Saya akan cuba.
Ya. Saya kena ada semangat balik. Teringat wajah2 bayi yang comel. Ya, bakal2 anak nanti. Suami? Ya, saya kena bersemangat balik. Bakal suami mesti tengah kusyuk belajar. Dia mungkin kecewa kalau saya macam ni. Tak boleh hampakan mereka. Okay, dah mula merepek.
Bebelan sebelum tido. Selamat malam.
ps: kawan2, jangan putus asa. :)

