Tuesday, March 6, 2012

Untold #8

Sebelum aku sambung cerita, aku bukan seorang perempuan yang terlalu baik... dan aku tergolong dalam perempuan yang biasa-biasa saja. Tapi, aku dikelilingi oleh mereka yang baik, pandai memberi nasihat dan menyayangi aku.


What if?


Hari tu aku pergi Seremban. Berdua saja dengan mak aku. Perjalanan yang agak lama itu akan mewujudkan banyak perbualan. Dan aku tahu, perbualan tentang si dia pasti ada.


Sejak peristiwa tu, tiada seorang pun yang mengungkit atau membangkitkan tentang berakhirnya aku dan dia. Dalam rumah. Semua dalam rumah seolah-olah berpura-pura yang semua ni tak pernah berlaku.


Aku bersyukur sebab mereka bersepakat untuk tidak mengungkit. Aku hanya memberitahu kakak dan abang. Selebihnya aku serahkan pada kakak untuk memberitahu semua orang. Semasa aku tiada di rumah.


Mak aku ni ibarat kawan baik aku. Semua benda aku mesti cerita kat dia. Dia boleh jadi seorang kepohchi. Aku tau, dia tunggu aku untuk memulakan perbualan tentang si dia. Bila aku pandang mata dia, aku tahu dia nak tanya " Are u ok? " Tapi, dia tak pernah tanya.


Aku memulakan cerita, belum sempat aku menghabiskan ayat pertama, aku mengeluarkan air mata. Aku tahu, aku paling lemah depan mak aku. Sebab tu, aku biarkan kakak untuk cerita pada semua. Aku tak nak keluarga aku tahu aku sedih. Tapi dalam kereta masa tu, aku tak dapat tahan.


Aku berhenti bercerita dan mak aku mula tenangkan aku, " Its okay to cry, my dear.. " Itu ayat yang keluar dari mak aku.


Aku cakap, " Macam mana kalau dia datang balik? "
                   " Macam mana kalau aku tak dapat lupakan dia? "
                   " Macam mana kalau aku sentiasa nak tunggu dia? "


Aku ingat lagi kata-kata mak aku masa dalam kereta hari tu,


Don't you ever think about " What if ", Tak ada  'Kalau' dalam hidup kita.
Don't look back, move on...
Allah bagi yang terbaik pada mulanya, tapi percayalah, InsyaAllah, yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan.

( aku suka ayat ni, mak aku ambil dari surah Ad-Duha )

Yang kemudian itu lebih baik daripada permulaan...

Aku pernah ada dia dalam hidup aku, dan aku rasa dia yang terbaik, keluarga aku pun rasa benda yang sama. Mak aku selalu kata, dia lah yang terbaik untuk perempuan macam aku.


Tapi, keadaan dah berubah... Patah hati tak semestinya kita kena meroyan, bak kata kawan baik aku,
" meroyan macam orang tak ada iman "...


Aku meyakinkan mak aku, jangan risaukan aku. Aku dah belajar untuk redha... Aku tahu mereka sangat risau.


p/s: Allah tak pernah membenci kita. Kita yang selalu lupa pada dia. Kita lupa nak berdoa bila bersedih. Kita asyik salahkan orang ni, orang tu... Kita asyik salahkan tuhan... Jadi, berdoa lah...


Yumi