" Sarah, buatkan datuk telur saparuh masak, boleh? reti buat tak? "
Err telur separuh masak? Reti ke tak? Biasa buat telur rebus jer. Tak pernah biar dia separuh masak. tahu makan jer.
Saya hanya mengangguk dengan tak yakin.
" Datuk nak dua biji yer... "
Datuk mesti lapar, baru bangun lepas zohor. Dengan yakinnya, saya bangun menuju ke dapur, Dalam hati, yang sebenarnya, saya tak tahu buat, datuk... :(
Tak pernah buat, datuk... :(
amik periuk, agak besar padahal nak rebus 3 biji, saje wat lebih satu
isi air, campak 3 biji telur
dan...
bergegas ke ruang komputer!
Ya! Apa guna teknologi?? Dengan cepat,
Taip " Bagaimanakah mahu buat telur separuh masak? "
Skema kan. Tapi memang tu yang saya taip.
Google search!
Yes! Ada... Owh bezanya, masa tunggu air mendidih, kita tak boleh tinggalkan dapur. Kena tengok. Macam mana tu. Takpe2, berusaha.
Dah siap! Tapi macam mana dalamnya? jadi tak separuh masak... takut2. Datuk dah lapar.
pecah kan, keluarkan inti, campak dalam mangkuk!
pulp!! wow bunyi pun dah dahsyat...
Haa... apa ni... nape macam ni. memang macam ni ker.. haa.. biasa makan, dia dah cair. tulah tahu makan jer. agak termasak kan. separuh suku masak la :)
Kena kacau lah, gelabah kan. ngee...
Letak kicap, lada... hmm sedap!!
yuhuuu... yuhuu... datuk!.. dah siap!
malu bertanya, tak dapat apa-apa... Google kan ada. :)



